Ya Allah aku bersyukur segala pemberianmu ,Aku sedih yang ya allah bertapa susahnya ia ... bantulah ia ya Allah .. Sesungguhnya kau Maha Besar.
“Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.” (HR. Ahmad)
Belilah apa yang perlu sahaja, ingatlah juga kesusahan saudara-saudara kita di sana. Kenapa perlu membazir..
Anny&Azim
Ya Allah, Izinkan aku mencintaimu melebihi segalanya yang ada didunia ini, Izinkan aku mencintai orang yang mencintaimu , Izinkan aku mencintai segala perkara yang dapat menjuruskan aku untuk mencintaimu Amin..
Translate
Jumaat, 27 Julai 2012
Luar Biasa! Membaca Al-Quran Dalam Keadaan Koma + Video
Seorang pemuda yang bertugas sebagai Imam telah mengalami kemalangan lalu koma. Namun satu kejadian yang luar biasa telah berlaku apabila pemuda itu tiba-tiba membaca al-quran ketika sedang koma.
Melayukini.net – Luar Biasa! Membaca Al-Quran Dalam Keadaan Koma | Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan, membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak sedarkan diri setelah keluar daripada bilik pembedahan. Subhanallah, apa jua kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah SWT akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sedar. Jangan lupa, lihat video Youtube di atas sebagai bukti.Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan ” apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti “. Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhirat nanti.
Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.
Melayukini.net - Inilah kelakuan yang dilakuka tanpa sedar, mungkin tidak., Sesunguhnya Allah SWT telah mengangkat darjat lelaki ini ke tempat yang lebih tinggi. Alhamdulillah. Oleh itu, janganlah kita lalai daripada selalu membaca al-Quran setiap hari.
KEHEBATAN MINUM AIR SEJUK ATAU MANDIAN AIR SEJUK
byDrjaffry hassan
byDrjaffry hassan
Air sejuk adalah lebih berat molekulnya berbanding dengan air suam.
Molekulnya lebih mampat antara satu sama lain. Oleh yang demikian
mandian air sejuk yang mana mineral dan
unsur-unsur berat di dalam kesatuan panas akan memendakkan ke dasar
perut dan ini tidak akan membenarkan ruangan-ruangan gas terbentuk untuk
mewujudkan kawasan tekanan rendah.
MENGAPA ANDA HARUS MINUM AIR SEJUK ?
Air sejuk adalah lebih tumpat dan dapat menyerap haba dan mengurangkan kebocoran manakala air panas melakukan gerakan ke atas dengan pantas dan ini boleh menyebabkan kebocoran tenaga. Air dan udara panas yang mengembang akan mengurangkan ketumpatan dan ini akan membuka ruangan kosong yang lebih besar. Ia juga mengurangkan keseimbangan tekanan di dalam tubuh. Pergerakan ini dinamakan perolakan. Kesan kepada kerja penghadaman menjadi lebih lemah dan bebanan makanan akan terpaksa ditanggung oleh hati.
Air sejuk adalah lebih tumpat dan dapat menyerap haba dan mengurangkan kebocoran manakala air panas melakukan gerakan ke atas dengan pantas dan ini boleh menyebabkan kebocoran tenaga. Air dan udara panas yang mengembang akan mengurangkan ketumpatan dan ini akan membuka ruangan kosong yang lebih besar. Ia juga mengurangkan keseimbangan tekanan di dalam tubuh. Pergerakan ini dinamakan perolakan. Kesan kepada kerja penghadaman menjadi lebih lemah dan bebanan makanan akan terpaksa ditanggung oleh hati.
IPS DAN INFO| BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU DAN IBU MENGANDUNGPuasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.
Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.
Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-
1.Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
2.Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
3.Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
4.Terasa loya dan ingin muntah.
5.Rasa menggigil.
6.Berasa lemah dan sakit otot.
7.Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.
Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:
1.Pergerakan bayi yang tidak normal.
2.Berlakunya kontraksi.
**** Selamat Membaca ****
Jangan Takut Susukan AnakYe...
Khamis, 26 Julai 2012
Hari ini bertambah teruk mabukku .. nak cakap pun rasa nak muntah ,...tak bolehbau apa .. tapi tak tahu nanti kalau suami ku balik cam ne nak masak risau sangat sangat . Sekarang memang kalau balik kerja aku tak masak beli aje.. sebab memang nak angkat kepala pun tak larat .. orang tak tahu macam ne rasanya . muka sentiasa murung ..mata asyik layu aje.. Opsss semua keluargaku dah tahu aku hamil ,salah satu kakakku dia memang susah nak mengandung jadi dia nak sangat anak ini .. aku tak beri jawapan apa apa pun ..krna aku sayangkan anak anakku.. Hari juga semasa nak g kerja aku jumpa gan bapaku dia memberikan sepucuk surat untuk poskan ,..tapi aku dah buka kandungan surat tu dan baca nampak nya dia bergaduh dengan makcik ,.. aku memang tak suka pada makcik sebab dia halau suami dia camtu aje.. sekarang bapaku dah hidup sebatang kara keadaan yang tak sempurna ,..dia pulak tu macam bersalah pada diri dia sendiri dulu dia tinggalkan anak isteri kahwin gan makcik ahirnya dia balik kampung sebab anak anak makcik tak suka pada dia ..jadi dia malu pada anak anak dia kalau boleh dia nak melarikan diri kalau jumpa gan anak n menantu dia ..walau apa pun kami tetap sayangkan bapa walaupun bapa tak lihat pada mata kasar kami tetap doakan yang terbaik untuk bapa.
Keluargaku dah memakin besar tahun nie dah jadi 5 orang anak tahun depan jadi 6 orang anak nampaknya aku semakin kuruslah berkejar gan anak .
Rabu, 25 Julai 2012
Langgan:
Ulasan (Atom)







