Translate

Jumaat, 27 Julai 2012

KEHEBATAN MINUM AIR SEJUK ATAU MANDIAN AIR SEJUK
byDrjaffry hassan
Air sejuk adalah lebih berat molekulnya berbanding dengan air suam. Molekulnya lebih mampat antara satu sama lain. Oleh yang demikian mandian air sejuk yang mana mineral dan unsur-unsur berat di dalam kesatuan panas akan memendakkan ke dasar perut dan ini tidak akan membenarkan ruangan-ruangan gas terbentuk untuk mewujudkan kawasan tekanan rendah. 

MENGAPA ANDA HARUS MINUM AIR SEJUK ?
Air sejuk adalah lebih tumpat dan dapat menyerap haba dan mengurangkan kebocoran manakala air panas melakukan gerakan ke atas dengan pantas dan ini boleh menyebabkan kebocoran tenaga. Air dan udara panas yang mengembang akan mengurangkan ketumpatan dan ini akan membuka ruangan kosong yang lebih besar. Ia juga mengurangkan keseimbangan tekanan di dalam tubuh. Pergerakan ini dinamakan perolakan. Kesan kepada kerja penghadaman menjadi lebih lemah dan bebanan makanan akan terpaksa ditanggung oleh hati.
 





TIPS DAN INFO| KHASIAT KURMA KEPADA ANAK DAN IBU HAMIL

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh saintis Mesir,



-Jus kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak. -Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, Vitamin C & E.

-Kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa.

-Kandungan gula dalam kurma ialah sebanyak 50 hingga 57 peratus.

-Gula dalam kurma dikenali sebagai fruktosa yang akan dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa untuk membekalkan tenaga kepada tubuh.

-Kandungan vitamin C dalam kurma pula dapat membekalkan sebanyak 230 kalori tenaga yang diperlukan oleh tubuh.

-Mengambil sebiji kurma setiap hari sudah cukup memberikan tenaga kepada kanak-kanak sedang membesar.


Sabda Rasulullah s.a.w:

“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan