Ya Allah aku bersyukur segala pemberianmu ,Aku sedih yang ya allah bertapa susahnya ia ... bantulah ia ya Allah .. Sesungguhnya kau Maha Besar.
“Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.” (HR. Ahmad)
Belilah apa yang perlu sahaja, ingatlah juga kesusahan saudara-saudara kita di sana. Kenapa perlu membazir..
Ya Allah, Izinkan aku mencintaimu melebihi segalanya yang ada didunia ini, Izinkan aku mencintai orang yang mencintaimu , Izinkan aku mencintai segala perkara yang dapat menjuruskan aku untuk mencintaimu Amin..
Translate
Jumaat, 27 Julai 2012
Luar Biasa! Membaca Al-Quran Dalam Keadaan Koma + Video
Seorang pemuda yang bertugas sebagai Imam telah mengalami kemalangan lalu koma. Namun satu kejadian yang luar biasa telah berlaku apabila pemuda itu tiba-tiba membaca al-quran ketika sedang koma.
Melayukini.net – Luar Biasa! Membaca Al-Quran Dalam Keadaan Koma | Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan, membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak sedarkan diri setelah keluar daripada bilik pembedahan. Subhanallah, apa jua kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah SWT akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sedar. Jangan lupa, lihat video Youtube di atas sebagai bukti.Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan ” apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti “. Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhirat nanti.
Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.
Melayukini.net - Inilah kelakuan yang dilakuka tanpa sedar, mungkin tidak., Sesunguhnya Allah SWT telah mengangkat darjat lelaki ini ke tempat yang lebih tinggi. Alhamdulillah. Oleh itu, janganlah kita lalai daripada selalu membaca al-Quran setiap hari.
KEHEBATAN MINUM AIR SEJUK ATAU MANDIAN AIR SEJUK
byDrjaffry hassan
byDrjaffry hassan
Air sejuk adalah lebih berat molekulnya berbanding dengan air suam.
Molekulnya lebih mampat antara satu sama lain. Oleh yang demikian
mandian air sejuk yang mana mineral dan
unsur-unsur berat di dalam kesatuan panas akan memendakkan ke dasar
perut dan ini tidak akan membenarkan ruangan-ruangan gas terbentuk untuk
mewujudkan kawasan tekanan rendah.
MENGAPA ANDA HARUS MINUM AIR SEJUK ?
Air sejuk adalah lebih tumpat dan dapat menyerap haba dan mengurangkan kebocoran manakala air panas melakukan gerakan ke atas dengan pantas dan ini boleh menyebabkan kebocoran tenaga. Air dan udara panas yang mengembang akan mengurangkan ketumpatan dan ini akan membuka ruangan kosong yang lebih besar. Ia juga mengurangkan keseimbangan tekanan di dalam tubuh. Pergerakan ini dinamakan perolakan. Kesan kepada kerja penghadaman menjadi lebih lemah dan bebanan makanan akan terpaksa ditanggung oleh hati.
Air sejuk adalah lebih tumpat dan dapat menyerap haba dan mengurangkan kebocoran manakala air panas melakukan gerakan ke atas dengan pantas dan ini boleh menyebabkan kebocoran tenaga. Air dan udara panas yang mengembang akan mengurangkan ketumpatan dan ini akan membuka ruangan kosong yang lebih besar. Ia juga mengurangkan keseimbangan tekanan di dalam tubuh. Pergerakan ini dinamakan perolakan. Kesan kepada kerja penghadaman menjadi lebih lemah dan bebanan makanan akan terpaksa ditanggung oleh hati.
IPS DAN INFO| BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU DAN IBU MENGANDUNGPuasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.
Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.
Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-
1.Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
2.Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
3.Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
4.Terasa loya dan ingin muntah.
5.Rasa menggigil.
6.Berasa lemah dan sakit otot.
7.Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.
Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:
1.Pergerakan bayi yang tidak normal.
2.Berlakunya kontraksi.
**** Selamat Membaca ****
Jangan Takut Susukan AnakYe...
Khamis, 26 Julai 2012
Hari ini bertambah teruk mabukku .. nak cakap pun rasa nak muntah ,...tak bolehbau apa .. tapi tak tahu nanti kalau suami ku balik cam ne nak masak risau sangat sangat . Sekarang memang kalau balik kerja aku tak masak beli aje.. sebab memang nak angkat kepala pun tak larat .. orang tak tahu macam ne rasanya . muka sentiasa murung ..mata asyik layu aje.. Opsss semua keluargaku dah tahu aku hamil ,salah satu kakakku dia memang susah nak mengandung jadi dia nak sangat anak ini .. aku tak beri jawapan apa apa pun ..krna aku sayangkan anak anakku.. Hari juga semasa nak g kerja aku jumpa gan bapaku dia memberikan sepucuk surat untuk poskan ,..tapi aku dah buka kandungan surat tu dan baca nampak nya dia bergaduh dengan makcik ,.. aku memang tak suka pada makcik sebab dia halau suami dia camtu aje.. sekarang bapaku dah hidup sebatang kara keadaan yang tak sempurna ,..dia pulak tu macam bersalah pada diri dia sendiri dulu dia tinggalkan anak isteri kahwin gan makcik ahirnya dia balik kampung sebab anak anak makcik tak suka pada dia ..jadi dia malu pada anak anak dia kalau boleh dia nak melarikan diri kalau jumpa gan anak n menantu dia ..walau apa pun kami tetap sayangkan bapa walaupun bapa tak lihat pada mata kasar kami tetap doakan yang terbaik untuk bapa.
Keluargaku dah memakin besar tahun nie dah jadi 5 orang anak tahun depan jadi 6 orang anak nampaknya aku semakin kuruslah berkejar gan anak .
Rabu, 25 Julai 2012
Hari ini aku memang tak sihat .. tak tahu kenapa "morning sitness" aku dah teruk nampaknya .. budak budak ini pagi dah buat perangai .. gaduh pagi pagi nak g sek , bertambahlah sakit aku ...Ya Allah bantulah aku dalam mendidik anak .. Syafiq pulak tu .. sakit mata ...kerja menanggis aje.. biasalah akak tu bangun tidur macam puteri kena belai ..nak kena mandikan pakaikan sikat rambut dia .. peluk cium dia .. macam macam peragai anak nie .. lagi aku skg dah berbadan dua .. lagi bertambah tak larat , aku kalau dah hamil mabuk sampai 8 bln Ya Allah ringankanlah dugaan ku seorang ibu .. mudahkan segala urusan rumahtanggaku ... aminn.. Hari ini ,hari pertama aku kena tahan gan polis , masa nak g kerja .. dia mintak lesen aku cari cari lesen tak ada dlm beg ..nie mesti anak aku yang selongkah nie,.. pastu nasib baik dia tak keluarkan dari beg cari pelahan2 baru ada ,, kereta kat belakang dah berderet , cemas juga aku , haiii.... anak anak ku nie.. tak tahu nakbuat apa lagi macam macam peragai dia buat .. suami jauh pulak tu asyik cari rezeki untuk keluarga balik pun sebulan sekali kadang kadang sebulan 2 kali sampai ada satu tahap aku menanggis dalam tandas sampai dah ok baru kerluar tulah kesah anak ramai semua kecik kecik ..harap sangat bila dia semua dah besar akan senangkan mak gan ayah ye...
Haiwan pun sayang pada ibunya ... nie manusia takkan kita tak sayang pada ibu kita.. mak sayang pada anak anak mak kadang tu ada juga yang kena rotan atas kesalahan masing masing ..bila lepas hukum mesti ada dalam diri mak menyesal tapi kamu semua nakal ..mak tak tahan waktu kamu bergaduh tumbuk terajang .. tu paling mak marah ,..tak kira anaktu kecik atau besar .. mak sayang kamu tolonglah faham keadaan mak .. insyaallah .. mak akan beri yang terbaik untuk anak anak mak insyaallah.
Selasa, 24 Julai 2012
Ya Allah Berkat Doa ku aku dapat menguruskan anak anakku kesihatan ku
semakin baik ,Ya Allah kuatkan tubuhku untuk membawa anak ini ...
berikan kesihatan yang baik kepadaku dan anak dalam kandunganku nie...
Ya Allah sesungguhnya aku berpuasa kerana suruhan mu maka kuatkan
tubuhku untuk meneruskan perintahmu Amin..
Isnin, 23 Julai 2012
Ya allah ,, Aku hamil lagi anak yang ke 6 , aku terima segala pemberian mu ya Allah mudahkan aku untuk membawanya, melahirkanya ,menjaganya dan mendidiknya Ya Allah berilah kesihatan yang baik kepada diriku juga anakku dalam kandungan ini.. Sesungguhnya kau Maha Besar lagi Maha Penyayang. Berilah yang terbaik anak yang aku kandungkan ini .Ya Allah mudahkan lah aku menguruskan semua anak anakku Amin..
Jumaat, 20 Julai 2012
KEHIDUPAN KU
Ya Allah aku bersyukur padamu ,Kerna hari nie aku masih bernyawa lagi.. dapat merasa kenikmatan hidup,dapat memandang keindahan ciptaanMu,dapat beriman dan bertaubat kapadaMu Ya Allah.
Langgan:
Ulasan (Atom)
















